Nasihat Ibu Tentang Cinta

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.
Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.
Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.
Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them."
"So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."
"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya.
Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.
Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.
Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.
Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.
Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

아름다운 추억(kenangan terindah)

  assalamualaikum..


lma sudah tangan ini tidak menulis..tidak menekan papan keyboard...banyak skali ingin aku kongsikan dengan kalian semua..insyaAllah...jika aku berkemampuan..aku cuba...


minggu ini,aku x masuk kelas langsung..sudah pasti hati ini sangat gusar,gelisah dan susah hati mengenangkan kawan2 dan cikgu kat kelas...huhh...kalau boleh..nak sngat masuk kelas..tapi....x boleh...aku sudah diikat kemas oleh cg asiah, cg rohaya..n cg rusurawati...bkan ak shaja tp, kak faizah, kak nasuha, hanifah, ain. ain syafiqah, vivi dan jugak karimah...


minggu ini ialah minggu aku menempuh saat-saat getir..di mana ak dan kawan2 yang lain harus menentang skolah2 lain dalam arena pantun..(yg ak x pernah sngka untuk masuk)..alhamdulillah..kau beri kami peluang untuk melangkah ke peringkat akhir...dengan kekuatan kami yg ad, kami cba untuk mlawan musuh terakhir..tp....pada aku...tika itu, sperti ad yg menghalang aku...aku x thu knapa...semuanya gelap...mungkin...sbb,,,sbbb....(biar aku dan cg2 shja yg thu)...aku minta maaf pada semua...maafkan sy ya? 


tapi pengalaman yang sy dapt...sangt banyak...btul ckp cg..pengalaman itu penting...aku rasa sngt bahagia bila mengenangkannya...haha...terasa happy...ad kwan2 di sisi...x sngaka boleh bergaul baik dengan form yang berbeza..."itu bkan halangan"...x sngka untuk kenal bdak junior...haha..ternyata sememangnya best...terima kasih semua...spnjang latihan muka diorang laaa....yang slalu dilihat aku...seronok melihat mereka happy...dan bnyak kenangan tercipta..haha....sungguh manis untuk dikenang...ahhhhhhhhhhhhhh....


anyway, thniah untuk kitaorang sbb naib johan...kalah n menang adat bertanding...kami janji andai diri ini masih ad...kami x akan hampakan cg2 lagi...kata2 cg asiah akan kuingat smpai bila2..bgitu juga dengan nasihat dr cg rohaya dan cg rusurawati...terima kasih cg..pantun bnyk mengajar sy...terima kasih...terima kasih3....terima kasih...x terhingga..sy syg cikgu!..


insyaALLAH...kmi akan lakukan yang terbaik...kan kawan2??..kita boleh! minda yang kawal kita...kan hanifah kan? aku sngt kagum dengan hanifah, walaupun berbeza umur..pemikirannya cukup matang..dan ska ambil pengajaran...stu contoh yang baik buat ak...tq...trima kasih sklai lagi cg...terasa sedih x bleh tengok mka team pantun dan cg slalu...hukhuk...akn ku rindu slalu...

sentiasa pandang ke hadapan!!!!!
(kak faizah,kak nasuha, ain az-zahra, hanifah, ain syafiqah, vivi , karimah)
(cg asiah, cg rohaya, cg rusurawati)







ibu,pulanglah,sedetik lebih & pukau..

1. Adakah anda rasa anda HOT?
*sememangnya hot.kah3..klau x percaya tanya laaa tuan punya tag nie.dia lebih tahu..hehehe..
sekarang memang hot pun,hot dengan kerja rumah yang banyak kena siapkan sepanjang cuti ni adehhhh....



2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.
*

3. Cerita pasal gambar ini.
* sebenarnya jumpa gambar ini kat internet..hehehe..bila tengok gambar ni, teringat kat kawan2..dan rsa bertuah plak ada ramai kawan..luv u guys..hehehe

4. Kali terakhir anda makan pizza.
*bila ya..ermmm kalau x cilap laa...bulan februari lepas..a'a bulan februari lepas..comfirmmm...

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
*lagu terakhir ya? 
lagu daripada haddad alwi-ibu,awi rafael-pulanglah,sedetik lebih-anuar zain,  & pukau-tomok..
(lagu-lagu ini lah yang terakhir berkumandang di telingaku)


6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
ermmm.. apa lagi makan, solat, tidur..study..upsss n dengar lagu..hehehe

7. Selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama apa?
*ermm..ad laa sorang yang duk sebelah sy dlam kelas, dia panggil sy k.. b..(teka laa),dia ckp sma dengan muka sy...klu nak thu knalah tnya sy melalui mesej ke, fb ke..ataupun komen entry nie..hehe

8. Tag lagi 5 orang.
*memandangkan hazim n sapik telah di tag..ermmm
1  1 know
2 fana3 prince azim
4  sya izz(padan muka di tag smula)..
5 sapik

9. Siapa orang no. 1 dengan anda?
* org no 1 ..nie sy kenl dr darjah satu lagi..dia seorang yang baik hati, bermatlamat, strong girl (i mean she has a strong will_..hehe..slalu tkar adiah time hari jadi masing-masing...kwan slamanya laaa...ha..haks..

10. Katakan sesuatu pada no. 5.
* no 5..sapik..mula knal time form 1 tp x close sngt..naik form 3 baru rapat..dia ska tnya soalan..klau x der soalan tuh bkan sapik nmanya..kannn..sy nak ckp kat dia, smoga happy selalu ya kawanku, slalu senyum.jgn sedih2..be happy..study hard for the exam..but don't forget u learn because of Allah..hehe...n smoga sihat selalu di samping yang tersyg..


11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
hubungan dengan sape yer..ermmm..x tau laaa....tp seingat sy dia ska madu...hehehe..

12. Bagaimana pula dengan no. 2?
no 2 ni pn sy knl dr drjah 1 jgak..hehe..dia ni kwan rapat sy laa time skolah rendah..she is happy go lucky...easy going person ..tp cpt merajuk n snag menangis...eh..ye ke..x tau btol ke x ..btol ke?

13. Kata-kata cinta kepada orang no. 4.
kata-kata cinta untuk no 4?? ermm...(i hate u..)kah3..benci kan tanda syg?..semuanya sy syg laaa...ha.ha..sy tlis tuh sbb x der mende dah nak tlis..kah3

14. Berikan fakta tentang orang yang kamu tag.
no1- seorang yang mature girl laa...she luv to dance and makes something she can do...
        walaupun skolag lain2 ,kami tetap kawan baik..


no2- the manja one..hehe..kah3 ..dia ska compain orang tau..jga2..gurau jer...dia bdak baik,pandai..n sopan santun..hehe


no3-seorang yang periang tahap tertinggi?? kalah owang lain....sbb tuh bila org tengok..knpe ngn dia ni? ap masalah? ska bercakap n easy going also..i feel so great and lucky to be his frenz


no4- yang ni the gedik n mengada2 one!!! upsss...kah3..jgn marah yer...suara dia memang murah..kat mna2 jer boleh dengar ..sbb dia ska sngt bercakap x henti2..adehh..sbb tulah dia ni disenangi rmai kan? lain cam suara sy mahal giler...kalah emas...anyway, she's also athe princess of everyday and night..puas aty??


no5- seorang yang x leh nak jangakan...org yg plig plik pernah sy jmpa .knape?? entah laa...dia ni lain sikit..special..i dun know why..i like to be his frenz...he is good in speaking...suara best...sbb tuh mng debat..kan3....again, sngt bertuah untuk mengenali sapik...ikhlas tau..


daa...














SECANTIK WARDAH

Assalamualaikum..
sudah lama tangan ini tidak menaip dan mengupdate blog ini.minta maaf semua.ZM bkan sengaja.tingkatan empat yang sangat sibuk mebatasiku daripada membuka blog sendiri.sekali lagi minta maaf semua.om buka buku baru.buku baru? mesti laa ada cerita baru.sebenarnya banyak benda yang berlaku sepanjang tiga bulan pertama i ini.ermmm..jika tangan ini mampu,insyaAllah semua benda akanku cerita dalam post ni.amin..hehe

 untuk pengetahuan semua, ZM tengan demam.dari minggu lepas lagi sebenarnya. tak baik-baik.mungkin sebab faktor cuaca yang ketika ini tidak menentu. kadan-kadang terdetik di hati in mengapa dengan alam ini.adakah bumi sudah tua dan uzur?itu hanya Allah yang tahu jawapannya.aku hanya boleh menduga sahaja. dan pada jumaat lepas, dunia telah digemparkan dengan gempa bumi yg kuat melanda Jepun dan telah menyebabkan berlakunya tsunami.10 000 dikhuatiri terbunuh? sungguh sadis sekali.aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya segalanya beransur pulih. dan apa yang menakutkan lagi loi nuklear di jepun dijangkakan boleh meletup jika berlakunya radiasi.nauzubillah.(semoga aman)..

ermm..cuti-cuti sekolah ini, seperti biasa banyak sungguh homework yang diberi. tak tercapai di akal ku..adehh...banyak sangat..insyaAllah boleh siap..amin..erm..a'haahhh sabtu lepas, zm pergi makan gulai kat umah kawan, syafiqah aqilah,haha..mula2 segan nak pergi,tapi bila fikirkan balik,baik pergi..ermm majlis tuh berjalan dengan baik.nice laa dengan warna hijaunya..hehhe..dia siap pkai inai lagi..hakhak

minggu lepas, selesainya debate english.walaupun kalah tapi x pe.pengalaman mengajar kami. sekran-kurangnya kami dpat pengalaman untuk tahun depan. lagi pun kali pertama kami terlibat dengan debate ni. maa debate hari tuh, zm sngat kagum dengan seorang pelajar Cina, lee chin nama dia. dia sungguh fasih berbahasa dan pndai berdebat. anyway, kekalahan hari ini x bermkna kalah selamanya.hehee..btol x? cehhh..

dan tahniah team bahas bahasa melayu..sebab menang..cayalaahhh kowrang.memang hebat2 balake..kak fatin,kak madi,kak nurul,sapik, dan wani..hehe..smoga berjaya di peringkat seterusnya..amin..


                                                                      kenangan..hehehe..